Wednesday, July 30, 2008

rindu tarbiyah rindu jannah

alam tarbiyah merupakan alam yg menyeronokkan..walaupun banyak ranjau yg perlu ditempuhi..aku mula menghayati keindahan Islam ketika aku berada di sem akhir di IPTA..sebelum ini, aku hanya belajar dan memahami Islam bukan dengan hati,..namun aku merasakan Allah maha mendengar hajat hambanya...kerana aku sering berdoa, agar aku menemui jalan tarbiyah untuk diri ku...

yang bestnye aku jumpa tarbiyah ni di luar kampus...walaupun sblm ni..aku join jugak tarbiyah dalam kampus..tapi hati aku x cocok dengan tarbiyah yg dibawa...selama satu sem jugak lah aku x ditarbiyah...rase jiwa ni kosong jek tanpa pesanan dan nasihat berguna dari kawan2...yang biase aku buat kat kampus..berhalaqah dengan kawan2 tentang masalah agama dan isu masyarakat Islam masa kini...paling tidak isu pelajaran dan pergaulan antara kami...

tapi tu x memadai...sbb masih ade ruang2 kosong yang x terisi....

Tuesday, July 29, 2008

Generasi Harapan

Dimana dicari pemuda kahfi
terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
meneoreh nama mulia perkasa abadi

umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
penunjuk jalan kini membunkam
lalu kapankah fajar kan datang

mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh membobol bentengmu
menjarah menindas dan menyiksa
dan kita hanya dian sekadar terpana

bangkitkan negri lahirkan generasi
pemuda harapan tumbangkan kezaliman

wajah dunia ISlam kini memburam
cerahkan dengan darahmu
panji ISlam telah lama terkulai
menenti bangkit kepalamu...

Tuesday, May 20, 2008

kembara ilmu

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani
kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

Monday, April 21, 2008

Salahuddin al-Ayubi

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Sunday, April 20, 2008

Ulul Albab: Meratapi Andalus demi merapatkan umat

Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol. MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki." Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun. Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun.

Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing.

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu. Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya.

Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan. Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya. Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: "Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya."
Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluk Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya. Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani 'Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya. Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar 'jizyah' tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian. Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat.
Selepas umat Islam 'menghidupkan' Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.
Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a'lam.
INTI PATI: Perubahan tamadun Islam
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia.

Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna.

Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama.

Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:
Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492

Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol

Tariq ibni Ziad panglima Islam yang mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus

Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

Monday, March 10, 2008


ii) Blamer; suatu bentuk komunikasi yang berlaku apabila salah seorang dalam komunikasi tersebut suka mengungkit, menghina, menuduh, atau menyalahkan orang lain.
Lama-kelamaan komunikasi blamer ini akan menimbulkan perasaan rendah diri pada orang yang dituduh, benci, bosan dan problematik.
iii) Computer; suatu bentuk komunikasi yang berlaku apabila salah seorang dalam komunikasi tersebut tidak menunjukkan langsung perasaannya, sebaliknya menunjukkan sikap boleh menerima dengan apa yang berlaku pada dirinya dan ahli keluarga.
Dia cuba menunjukkan yang dia adalah seorang supernatural atau super intelligent. Dalam realitinya, dia bukanlah begitu.
Lama-kelamaan komunikasi komputer ini akan meninbulkan perasaan ego, tertekan, rasa bersalah dan problematik.
iv) Distcractor; suatu bentuk komunikasi yang berlaku apabila seseorang itu tidak memberi perhatian kepada orang lain.
nKomunikasi distcrater ini berlaku adalah disebabkan oleh wujudnya persekitaran komunikasi yang tidak mempedulikan orang lain.
Komunikasi jenis ini adalah komunikasi yang tidak mempunyai perkaitan dari segi mesej, pertanyaan atau jawapan. Sebagai contoh orang tanya kenapa lemah dalam matematik, dia jawab dia nak minum susu.
Lama-kelamaan komunikasi distcractor ini akan menjadikan seseorang itu pasif, dramatic dan problematik.

Sunday, March 9, 2008

komunikasi tidak berkesan..

dalam kaunseling, pendekatan komunikasi merupakan salah satu pendekatan yang digunakan sebagai terapi dalam sesi kaunseling....terdapat beberapa komunikasi yang tidak berkesan kadang-kala berlaku apabila kita berinteraksi sama ada dengan keluarga dan juga rakan-rakan serta adik beradik...anda mungkin boleh mengenal pasti sama ada anda sering melakukan komunikasi yang tidak berkesan atau sebaliknya....
i) Placater; suatu bentuk komunikasi yang berlaku hanya disebelah pihak sahaja. Iaitu, apabila seseorang itu bercakap, dia bercakap seorang. orang yang bersamanya, hanya mendengar dan mengikut sahaja apa yang disampaikan, tanpa memberi pendapat yang berbeza atau menambah idea. Komunikasi ini mungkin disebabkan oleh orang yang menerima komunikasi tersebut tidak mempunyai maklumat atau idea untuk dikongsi bersama...komunikasi ini lama kelamaan akan menimbulkan suasana yang membosankan dan problematik.

Wanita

kau digelar sebagai penyeri dunia,
hadirmu melengkap hubungan manusia,
bukan sahaja dirindui yang biasa,
malah Adam turut sunyi tanpa hawa,

akalmu senipis bilahan rambut,
bebankanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hatimu bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.

tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi,
engkaulah wanita hiasan duniawi.

mana mungkin hadirnya bayangan yang lurus elok,
jika datangnya dari kayu yang bengkok,
begitulah peribadi yang dibentuk,
engkaulah wanita istimewa.

didiklah wanita dengan keimanan bukanya harta,
ataupun pujian kerana tidak derita berharap pada yang binasa,
engkaulah wanita istimewa.

sedarilah insan istimewa,
bahawa kelembutan bukanlah kelemahan,
bukan jua penghinaan dari Tuhan,
bahkan sebagai hiasan kecantikan....

astaghfirullah...

hari adalah hari ahad..dan juga merupakan hari yang banyak cabaran terpaksa aku lalui...hari ini juga merupakan hari imanku diuji...ya Allah..ampunilah dosa hambamu ini..aku hanyalah hambamu yang lemah tidak berdaya untuk menegah perbuatan hamba-hambamu yang melakukan maksiat di depanku....

hari ini ketika aku menaiki komuter dari stesen Sg. Buloh ke tempat ku belajar..kelihatan ramai manusia yang berpusu-pusu dan berhimpit-himpit untuk menaiki komuter...aku juga terhimpit dikalangan manusia yang ramai...keadaan sesak..lelaki perempuan sama berhimpit...setelah melalui stesen demi stesen...sehingga di suatu stesen kelihatan pasangan couple berhimpit didepanku...sangat mesra pasangan tersebut...seperti pasangan yang telah diijab kabulkan... namun apa yang ku kesalkan...dalam kesesakan dan kesempitan tersebut mereka mereka mengambil kesempatan untuk berpelukan...kedengaran si lelaki berkata"..kalau sebab sesak macam ni nak berpeluk orang x marah..."..hatiku kesal...kesal dengan tindakan mereka tanpa segan silu melakukan demikian...aku hanya mampu berdoa dan menegah dalam hati sahaja..walaupun aku mengetahui bahwa teguran dengan cara tersebut merupakan selemah-lemah iman...namun, apa daya ku...

banyak persoalan yang timbul dibenakku...tidakkah mereka mengetahui bahwa walaupun manusia tidak marah dengan tindakan mereka..namun Allah sangat murka terhadap perbuatan tersebut??Adakah mereka tidak mengetahui bahawa Allah mengambil tahu perlakuan mereka walaupun manusia di sekelilingnya tidak mengambil endah perbuatan tersebut??adakah mereka tidak tahu bersentuhan lelaki dan perempuan merupakan satu dosa yang amat berat sehingga dikiaskan bahawa bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan muhrim seperti menyentuh kulit babi???

Ya Allah..adakah ini umat mu di akhir zaman ini??Ampunilah dosa hambamu yang menyaksikan kejadian tersebut tetapi tidak mampu untuk menegahnya...ya Allah...berilah aku kekuatan untuk menyedarkan umat mu yang semakin leka ini...dan aku bermohon pada mu ya Rabb agar kau memeliharaku dari melakukan kemungkaran seperti itu...aminnnn..

Thursday, March 6, 2008

Rasulullah s.a.w mengatakan: "Hanya segala 'amal dengan niat". Niat merupakan sebab utama yang melahirkan amal (perbuatan). Diterima atau ditolak amal seseorang itu adalah berdasarkan apa yang diniatkan.
Niat merupakan gerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNya. inilah dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu 'amal.

inna ma al-'amal al-niat

Dari Amir al-mu'min Abu Hafs 'Umar Ibn Khattab r.a katanya: aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: hanya segala 'amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang diniatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan perolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. (riwayat Bukhari dan Muslim)