Sunday, March 9, 2008

Wanita

kau digelar sebagai penyeri dunia,
hadirmu melengkap hubungan manusia,
bukan sahaja dirindui yang biasa,
malah Adam turut sunyi tanpa hawa,

akalmu senipis bilahan rambut,
bebankanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hatimu bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.

tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi,
engkaulah wanita hiasan duniawi.

mana mungkin hadirnya bayangan yang lurus elok,
jika datangnya dari kayu yang bengkok,
begitulah peribadi yang dibentuk,
engkaulah wanita istimewa.

didiklah wanita dengan keimanan bukanya harta,
ataupun pujian kerana tidak derita berharap pada yang binasa,
engkaulah wanita istimewa.

sedarilah insan istimewa,
bahawa kelembutan bukanlah kelemahan,
bukan jua penghinaan dari Tuhan,
bahkan sebagai hiasan kecantikan....

No comments: