Friday, November 13, 2009

Mengapa aku dihidupkan di dunia ini??

Semalam sewaktu duduk sendirian,
banyak perkara yang ku fikirkan,
kesalahan sepanjang perjalanan kehidupan..
akhirnya ku temui jawapan...
kenapa Aku di hidupkan...

jawapan yang ku temui sangat memuaskan..
kerana dari firman Allah yang ESA..
jawapan demi jawapan..
yang tidak menghampakan..

untuk aku sebagai khalifah di muka bumi..
firman Allah:
"Dan Dialah yang menjadikan kamu KHALIFAH di bumi
dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat
kerana Dia hendak MENGUJI KAMU pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepadamu,
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya,
dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-an'am 6: 165)

Allah tidak menjadikan aku SIA-SIA
Firman Allah:
" Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya MENCIPTAKAN KAMU MAIN-MAIN (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"'
(surah al-mu'minun:23:115)

Untuk aku sujud menyembah Allah
Firman Allah:
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beriabadah kepada-Ku "
(surah az-zariyat:56:51)

untuk aku menyeru kebaikan, membanteras kejahatan
Firman Allah:
" Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam)
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)
dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"
(surah ali-imran: 3: 104)

dengan kalimah ini lah
menguatkan ku untuk terus hidup..
teruskan perjuangan

ya Allah...andai aku lemah
kuatkanlah..
pimpinlah hati ini menuju redhamu
andai aku jauh..
dekatkanlah...dengan MU

kini aku yakin...
hanya ENGKAULAH
pemberi jawapan dan harapan
kepada setiap persoalan...

2 comments:

Anonymous said...

salam.. kadang2 kite tau sbb ape kite idop kt dunia ni,. tp adakalanye kite lupe, mengapa???
adakah terlalu leka? gembira??

Anonymous said...

iAllah, manusia allah jadikan dengan sifat pelupa...jika kita lihat kata akar insan (nasiya) bermaksud pelupa...

oleh sbb itulah Allah menurunkan wahyu untuk menjadi peringatan kepada manusia...

jika kita lihat, dalam seminggu ada satu hari yg diwajibkan bg kaum lelaki untuk pergi menunaikan solat jumaat dan mendengar khutbah...sebagai peringatan kepada kita...

solat 5 kali sehari pun bukti bahawa Allah mengingatkan kita utk ingat DIA sebagai pencipta...cuma kita yang ambil ringan dan tidak peduli...

banyak cara Allah ingt kan kita padaNYa..antaranya ujian yang diberi..

iAllah, kita sama2 bermuhasabah diri dan sentiasa bermujahadah untuk terus dekat denganNya.