Wednesday, October 28, 2009

nikmat itu rahmat atau ujian....

aku sering termenung
termenung mengingati kisah-kisah dalam hidup

aku sedari
kebelakangan ini banyak nikmat yang diberi
motor...kereta...Sarjana Muda...diploma pendidikan
datang sekelip mata
apa lagi yang ku pinta tidak diberi
hampir semuanya ku kecapi.....

jika insan lain lihat..
pasti cemburu
"senanglah kau, apa yang nak kau dapat!"
" tapi aku, susahnya lah nak dapat!"
mengeluh dengan nasib diri

insan lain pasti berkata
"aku lihat kau senang dapat kerja"
"kereta pun kau berjaya beli"
apa rahsianya??
itulah soalnya....

namun
itulah nikmat yang diberi
dari Tuhan yang mengasihi

adakah ada yang menyedari
hakikat nikmat itu?
rahmat atau ujian?

bagiku...
ia adalah rahmat
ia juga adalah ujian

rahmat atas pemberian Allah
dengan sifat rahmanNya

nikmat itu ujian 
dengan nikmat manusia akan lupa..
manusia akan alpa..
manusia akan rakus
dalam mengejar dunia

manusia mula lupa
siapa pemberinya..
katanya "adalah kerana usaha"

bagi diriku
nikmat itu rahmat dan juga ujian
menguji sejauh mana ketaatan
bagaimana dibelanjakan...
pada jalanNya atau jalan kebatilan

sungguh
nikmat kekayaan itu adalah ujian
paling berat dari timbunan besi
paling tinggi untuk didaki
paling dalam untuk diselami

jika tiada bekalan dan kekuatan hati
mungkin tidak bertaut dengan cinta ilahi

ya rabb..
hanya pintaku kepadaMu
peliharalah diri ku dari kealpaan
kealpaan mengejar dunia
mengejar pangkat dan kekayaan
hanya KAU lah pelindung bagi diri ku...

hanya satu yang ku pinta
thabatkan aku pada jalan Mu
"kembalikan ku dalam keadaan
hati yang redha dan diredhai" (surah 92: 27-28)

2 comments:

salsabil_3001 said...

Semua tu adalah alat kita untuk berdakwah, dan marilah kita mereflect balik diri kita, adakah kita sudah gunakan nikmat yang Allah bagi tu untuk dakwah, dan sesunggunhya semua ini hanyalah pinjaman dari Allah.. semuanya adalah amanah Allah..

Anonymous said...

salam dayah..betul..dulu wawa sangat cemburu tengok kawan2 dapat segalanya..tapi selepas terbaca satu ayat ni..wawa tau sebab apa allah tak bagi dulu semua tu...ini ujian allah buat wawa...betul..ujian kesusahan sangat berkesan mendidik jiwa supaya dekat kepada allah..dan dunia tarbiah sangat banyak mendidik hati dan peribadi wawa..subhanallah...sangat bersyukur dapat mengenal fikrah islam...