Friday, May 7, 2010

Hanya Sebuah Persinggahan

alhamdulillah...syukur kepada Allah masih meletakkan diri ana dalam keadaan iman dan Islam....sepanjang hidup ini, hanya 2 tahun kebelakangan ini, ana merasakan hidup ana penuh bermakna dan amat bermakna....alhamdulillah....

semalam ketika usrah, banyak yang kami bincangkan bersama....saling ingat mengingatkan....dan satu part yang amat terkesan dalam hati ana apabila seorang ukhti berkongsi tentang kehidupan adalah satu persinggahan....

ukhti ni memberi analogi:


Kehidupan ni ibarat kita menaiki bas untuk berjalan jauh....mungkin boleh dikatakan destinasi kita adalah balik ke kampung
atau
percutian selama seminggu,
atau
sebuah pendakian gunung atau bukit

persoalannya, adakah disepanjang perhentian itu, kita akan membeli rumah, perabot dan kelengkapan yang mewah ??
atau
mengambil pelbagai barang yang kita suka untuk disimpan??
atau
kita sekadar mengambil apa yang diperlukan dalam perjalanan???

dari segi logiknya, pasti kita akan membeli barang yang hanya untuk keperluan perjalanan sahaja...tidak lebih dan tidak kurang....bayangkan bagaimana jika dalam ketika bercuti di Pulau Langkawi, kita sibuk membeli rumah dan perabot sedangkan kenderaan yang kita miliki adalah terhad...?!

pastilah ini satu perbuatan yang sia-sia kerana membebankan kita untuk memikirkan bagaimana ia harus diuruskan..sedangkan matlamat kita bercuti adalah untuk berehat dan menenangkan hati....

bagaimana pula jika ketika mendaki sebuah gunung, kita mengambil barang2 yang tidak diperlukan, seperti mengambil pokok2 yang cantik, rama2 untuk diawet....dan sebagainya..

Bukankan Ia membebankan dan tidak diperlukan???

begitulah juga kehidupan dunia ini....ia hanya sebuah persinggahan atau perhentian. yang tetap perlu kita hadapi untuk mengambil bekalan secukupnya...HANYA SECUKUPNYA....

jika diambil berlebihan akhirnya kita terpaksa meninggalkan nya kerana terpaksa meneruskan perjalanan menuju destinasi yang sebenarnya...iaitu destinasi akhirat.....kerana matlamat kita adalah negeri akhirat....harta kekayaan tidak berguna lagi melainkan 3 perkara:
1. ilmu yang bermanfaat
2. doa anak yang soleh
3. amal jariah

benarlah...dunia hanya persinggahan....yang meletihkan tetapi harus di harungi walaupun dalam kepayahan....harus persiapkan bekalan untuk perjalanan seterusnya...

- akhirnya kami sama-sama bermuhasabah diri......ya harus sedar perjalanan ini hanya sementara....hanya sebuah persinggahan....hanya bekalan dunia yang sedikit utk menggapai MATLAMAT sebenar......

"Ya Allah...letakkan lah dunia di tangan ku bukan di HATI ku"

Thursday, April 22, 2010

Genarasi yang kita impikan

Tatkala membaca kisah ini hampir menitis airmata ku....tersentuh dengan keperibadiaan sahabat2 suatu masa dahulu.....moga akan lahir generasi seperti itu suatu masa nanti...aminnnnnn.


Menurut satu riwayat, perisitiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, belaiu berkata:

- Apa maksud semua ini?

Kedua-dua pemuda itu menjawab:

- Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!

Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:

- Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?

Dengan tegas lelaki itu menjawab:

- Ya! Saya telah membunuhnya!

Umar bertanya lagi:

- Bagaimana kamu membunuhnya?

- Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.

Lantas Umar menjatuhkan hukuman :

- Qisas!

Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:

- Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.
Umar bertanya lelaki itu:

- Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?

Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar, atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:

- Sudikakah kamu memaafkan dia?

- Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!

Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:

- Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:

- Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!

Umar mencari kepastian:

- Dia telah membunuh!

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:

- Walaupun dia telah membunuh!

Umar bertanya lagi:

- Adakah kamu mengenalinya?

- Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.

- Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?

- Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insya Allah.

Umar mengingatkan:

- Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?

Abu Dzar menjawab dengan tenang:

- Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:

- Mana lelaki itu?

Abu Dzar menjawab:

- Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.

Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:

- Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!

Lelaki itu menjawab:

- Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:

- Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?

- Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.

Umar r.a. bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:

- Apa yang kamu lihat wahai orang muda?

Kedua-dua menjawab serentak sambil menangis:

- Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

‏جزاكما الله خيراً wahai pemuda di atas kemaafanmu

وجزاك الله خيراً wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya

وجزاك الله خيراً wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji
وجزاك الله خيراً wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.

Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

اللَّهُمَّ إِنّا نَعْلَمُ أَنَّ نَصْرَكَ آتٍ فَهَيِّئْ لَنا أَسْبَابَهُ وَاجْعَلْنا مِنْ جُنْدِكَ الغَالِبِينَ

اللَّهُمَّ عَجِّلْ بِالفَرَجِ يَا مَنْ بِيَدِهِ مَفَاتِيحُ الفَرَجِ

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَالِحَ الأَعْمَالِ وَاجْعَلهَا خَالِصةً لِوَجْهِكَ الكَرِيمِ..

Tanda-randa kebesaran Allah

SUBHANALLAH...benarlah kata2 Allah bahawa penciptaan langit dan bumi serta makhluknya tidaklah sia-sia...banyak keajaiban yang kita perolehi setelah meneroka alam buana ini....

ya Allah...aku bersyukur padamu kerana memberi aku merasai nikmat Islam dan iman...kerana kini aku merasai alam ini turut bersamaku setiap detik waktu....

Mari kita selongkar keistimewaan alam yang diciptakan Allah untuk kita umat manusia....

Oleh Ustaz Zahazan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.









Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

















Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?











Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah(tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita












Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.











Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
















Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Subhanallah. .

Tuesday, February 16, 2010

Peristiwa mengingatkan ku tentang mati

Hari ni, didepan mataku berlaku kemalangan antara kereta dengan motor…dengan kenderaan yang ku naiki sendiri….panik…mengigil kaki ku melihat mangsa terbaring tidak sedarkan diri…lantas aku segera mengalihkan motor yang menindih kepalanya…..kepala ku ligat memikirkan tindakan yg harus ku lakukan..aku segera membuka helmet dikepalanya untuk mangsa tersebut bernafas dengan selesa….

Bersyukur sangat kepada Allah kerana masih member pinjam nyawa kepada mangsa kemalangan tu…namun, dia(mangsa tersebut) yang terbaring mula sedar hanya bertanya tentang kenderaan yang hampir dilanggarnya…”kereta cik ade apa-apa x”…lantas ku menjawab…”jangan fikirkan kereta..fikirkan diri kamu dulu!” tegasku…aku amat risau jika anggota tubuhnya cedera..namun darah tidak kelihatan..yang jelas dia hanya memegang kaki kanannya…nampak tulang kakinya terkalih…”ya Allah kakinya patah”kata hatiku…aku dan kakak A mengatakan akan membawanya ke hospital..tapi dia x nak..kami memujuk..”kalau x nak ke hospital..kita kena pergi ke klinik utk xray nak tau sama ada patah atau x”…akhirnya dia akur dengan kehendak kami dan nasihat beberapa orang yang berhenti untuk membantu kami…akhirnya kami membawa ke klinik berhampiran dan doctor menasihatkan supaya dibawa ke hospital untuk rawatan di sana…

Sepanjang di hospital berbagai persoalan dan peristiwa yang timbul dibenak ku….teringat tentang diriku yg selalu menaiki motor dengan had laju yg tinggi……Ya…kesabaran dijalan raya amat penting untuk memaintainkan kosentrasi dijalan raya..dan SABAR itu jugalah yang Nabi s.a.w selalu ajar dan tekankan dalam kehidupan…

Kemalangan ini lebih mengingatkan aku tentang kematian…ya! Kematian itu pasti….di mana-mana saja kita boleh mati…xkira tempat, waktu dan aktiviti yang sedang kita lakukan…

Teringat firman Allah..”فاستبق الخيرات”-bersegeralah dalam melakukan kebaikan….bersegera dalam kebaikan amat penting supaya kita tidak menyesal apabila kita mati nanti…kita kadang-kadang selalu yakin yang kita akan HIDUP SEHINGGA HARI ESOK..sedangkan kehidupan esok masih tidak pasti…kita sering menangguhkan untuk menjadi orang yang baik dengan alasan..”xpe esok, lusa aku bertaubatlah”. Atau “nantilah aku x cukup enjoy lagi”..dan macam-macam alasan yang kita beri…

Tp kenyataannya…ADAKAH ALLAH AKAN MENANGGUHKAN KEMATIAN KITA?..ADAKAH KITA MAMPU UNTUK BERKATA KEPADA MALAIKAT MAUT..”WAHAI MALAIKAT..AKU BELUM BERSEDIA UNTUK MATI…DATANGLAH 2 @3 TAHUN LAGI..”

Sudah tentu jawapannya tidak!…aku sering bertanya kepada diri ku..apakah yang telah ku sumbangkan untuk kedaulatan Islam?? Adakah aku cukup bersedia berhadapan dengan Tuhan sedangkan aku masih tidak mempunyai saksi untuk menjadi saksi ku dihadapanNYA…adakah aku telah melaksanakan tujuan hidup ku didunia ini?? amanahNya??..

Aku sendiri tidak pasti dengan jawapan tentang persoalan tersebut…aku berdoa dan terus berdoa agar aku tetap dijalanNYA…dan mencuba dengan penuh kudrat kurniannya…ya ALLAH yakinkan aku akan tindakanku untuk mentarbiyah diri dan juga hamba-hambamu yang lain…kuatkanlah hatiku dan pandulah aku ya Allah..sesungguhnya engkaulah yang mampu memandu ku dalam menuju redha mu…jelaskan matlamat ku ya Allah..

Tuesday, January 26, 2010

apa erti hidup ini??

semakin hari, semakin dewasa...hari demi hari..umur juga semakin meningkat....kadang-kala hepy dengan umut yang semakin bertambah...kadang kala jadi sedih sebab makin bertambah umur maka makin singkatlah kehidupan ini...
sebagai manusia kita kadang kala lupa kenapa ALLAH ciptakan manusia di bumi ini....kita rasa sangat seronok buat perkara yang kita suka...kalau Allah x suka pun tak pe yang penting kita hepy....tp adakah itu sebenarnya erti KEBAHAGIAAN?? bukankah kebahagian itu lahir dari HATI??



cuba kita lihat gambar di atas....jika kita lihat kali pertama kita rase tu benda ape?? mesti kita tak tau kan!?! agak2nya sape yang tau benda ape dalam gambar tu dan ape kegunaannya?...jawapannya: mestilah PENCIPTA ALAT tersebut kan??!...kalau kita tau tu mesin basuh, pandai ke kita nak guna mesin tu??jawapannya mestilah tidak..sebab ape, hanya pencipta je tau mesin tu untuk ape dan tau cara nak guna....biasanya kita akan beli mesin tu dengan manual book nya kan..utk jadi panduan kepada pembelinya yang nak guna mesin tu.....

bayangkan kalau mesin tu adalah mesin basuh baju...tapi kita masukkan kasut, masukkan baju pun lebih muatan.....agaknya berapa lame mesin tu dapat bertahan??jawapannya: mestilah sekejapkan?!...x boleh guna lame sbb disalahgunakan mesin tu....tak ikut manual book yang penciptanya bagi..

macam tu jugak kita sebagai manusia...KENAPA KITA DIPTAKAN?? takkan lah Allah jadikan kita suka2 je....manual book pun Allah dah bagi....sbb tu lah manusia ramai yang rosak sbb tak guna manual book yang Allah bagi dengan betul....kalau kita tengok mesin basuh tu pun kita tahu kenapa ia diciptakan...apa fungsi die....siap ade panduan utk jaga mesin tu....

dalam quran Allah menyebut: "MAKA APAKAH KAMU MENGIRA BAHAWA KAMI CIPTAKAN KAMU MAIN-MAIN (TANPA ADA MAKSUD) DAN BAHAWA KAMU TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA KAMI??"                                                      (Surah al-Mu'minun:23:115)

ayat ni memang jelas bahawa manusia Allah ciptakan dengan tujuan....ramai manusia tertanya2 apakah TUJUAN DIA DICIPTAKAN....dalam firman Allah menyebut:
" tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku"....
                                                                                                                                (az-Zariyat:50:56)

" dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku hendak menjadikan Khalifah dimuka bumi"
                                                                                                                                (al-baqarah:2:30)

jadi, tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah sahaja...tak lebih dari itu....jika lihat manusia sekarang, ramai yang rasa hidup terumbang ambing.. macam2 yang mereka buat untuk senangkan hati dan bahagiakan hati....tapi akhirnya apa jua yang dibuat tidak memberikan ketenangan kepada mereka....

jadi apa yang harus kita lakukan untuk membahagiakan hati???untuk memberi makna kepada kehidupan kita??inilah persoalan yang sentiasa bermain difikiran....iAllah, jawapannya pasti ada....

                               

Friday, November 13, 2009

Allah telah berbicara dengan ku..

hari ni hati ku kesedihan..
mengenangkan masalah yang berlaku..
mereka saling mempersalahkan...

mengingatkan aku..
suatu masa..
aku mungkin dipersalahkan juga..
oleh Allah yang ESA..
oleh manusia yang berdosa

kerana aku lalai menjalankan tanggungjawabNYA
dan amanahNYA...

pada mulanya aku kecewa..
tapi Allah mula berbicara..
dalam firmannya..
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan
hanya dengan mengatakan,
" KAMI TELAH BERIMAN,"
DAN MEREKA TIDAK DIUJI."
(surah al-ankabut: 26: 2)

bicara Allah menyentuh hati..
baru ku fahami..
Allah akan menguji....
dan terus menguji..

ujian ini kadang kala ku rasakan berat..
namun..
Allah menjawab
" ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN
SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA."
dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya,
dan dia mendapat (siksaan) dari kejahatan yang dibuatnya."
(surah al-baqarah: 2: 286)
syukran ya Allah..
kerana begitu memahami ku..
kini hatiku begitu tenang...
terima kasih ya Allah..
kerana memberi nikmat itu...

Mengapa aku dihidupkan di dunia ini??

Semalam sewaktu duduk sendirian,
banyak perkara yang ku fikirkan,
kesalahan sepanjang perjalanan kehidupan..
akhirnya ku temui jawapan...
kenapa Aku di hidupkan...

jawapan yang ku temui sangat memuaskan..
kerana dari firman Allah yang ESA..
jawapan demi jawapan..
yang tidak menghampakan..

untuk aku sebagai khalifah di muka bumi..
firman Allah:
"Dan Dialah yang menjadikan kamu KHALIFAH di bumi
dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat
kerana Dia hendak MENGUJI KAMU pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepadamu,
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya,
dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-an'am 6: 165)

Allah tidak menjadikan aku SIA-SIA
Firman Allah:
" Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya MENCIPTAKAN KAMU MAIN-MAIN (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"'
(surah al-mu'minun:23:115)

Untuk aku sujud menyembah Allah
Firman Allah:
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beriabadah kepada-Ku "
(surah az-zariyat:56:51)

untuk aku menyeru kebaikan, membanteras kejahatan
Firman Allah:
" Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam)
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)
dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"
(surah ali-imran: 3: 104)

dengan kalimah ini lah
menguatkan ku untuk terus hidup..
teruskan perjuangan

ya Allah...andai aku lemah
kuatkanlah..
pimpinlah hati ini menuju redhamu
andai aku jauh..
dekatkanlah...dengan MU

kini aku yakin...
hanya ENGKAULAH
pemberi jawapan dan harapan
kepada setiap persoalan...

Tuesday, November 10, 2009

jawapan kesunyian...

sunyi bukanlah disebabkan tiada rakan disekeliling....tiada orang membuat bising....tapi sunyi itu berpunca dari hati yang sunyi...

kenapa hati jadi sunyi??..hati sunyi bila kita tidak mengisinya dengan perkara yang betul..
kenapa badan jadi tak sihat??...sebab kita makan makanan yang tidak berkhasiat..makanan yang banyak toksin dan bahan kimia...(bahan perasa dan MSG)

begitu jugalah hati kita...kita selalu mengisinya dengan hiburan..dengan perkara yang melekakan...sedangkan hati itu mendambakan sesuatu yang lebih hebat dari hiburan yang kita sajikan...hati akan sakit apabila makanan yang kita berikan tidak berkhasiat dan tidak mengikut fitrahnya...

badan akan sihat, apabila kita ikut aturan menjaganya...bersenam..makan-makanan yang berzat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan...(apa-apa yang Allah ciptakan untuk kita secara semula jadi) bukan dengan memakan makanan yang manusia ciptakan..yang dicampur dan ditambah dengan bahan-bahan tidak berguna untuk badan...

seharusnya, makanan hati adalah makanan roh...iaitu dengan berzikir, bertadabbur al-quran, mempelajari hadis dan sebagainya...tetapi hati akan tetap sakit apabila kita membuat atau mempelajari sesuatu hanya menggunakan akal...namun, hati akan subur apabila kita memahami sesuatu dengannya...hati akan terisi...tidak akan sunyi..

namun, cukupkah dengan hanya dengan makanan roh untuk menyihatkan hati??merawat hati yang sunyi??kawan dengan ustaz ustazah?? jawapannya tidak...selagi kita sendiri meragui KENAPA KITA BERADA DI DUNIA INI....

Monday, November 9, 2009

hatiku sunyi...

jauh perjalanan telah aku lalui...
ke utara...ke selatan
ke timur mahupun barat...
namun, hati ku tetap sunyi...

aku cuba mengisinya dengan hiburan...
lagu siti?..habis lirik aku menghafalnya...
lagu nash lefhended?..
sampai tak tau ape lagi nak hafal...
boleh dikatakan semuanya aku ingat...

wayang??
tak usah tanya..
asal ade cerita baru pasti semua aku tengok...

shopping??
tak payah nak kata...
habis bengkak2 kaki berjalan..
mana lagi shoping complex yang belum aku jelajahi...

sukan??
mestilah...
untuk menjaga diri..
nak kurus dan sihat lah katakan...
semua sukan aku main..
badminton? caroom? netball? futsal?
kejam mata pun boleh main

tapi...
hati aku tetap sunyi...
sunyi yang bersangatan
semua dah buat...
tapi masih macam ni...

aku bingung...
kenapa dengan hati ku...
tidak merasa puas...
rasa kosong dan sunyi...

macam2 cara dah buat..
tapi tetap macam ni...
kenapa ya Allah?kenapa??
(aku ingin menjerit)...

aku sedih dan ingin menangis...
menangis melihat diri ku ini...
menangis kerana hati ini..
SUNYI..

ya Allah...
apa sebenarnya hati ku mahu...
aku tak tahu ya Allah...
aku tak tahu!!!!

sekali lagi aku menangis...
aku cuba membaca quran..
agar hadir sedikit ketenangan...
lembaran demi lembaran...
aku membacanya...

hati ku sedikit terisi...
namun hanya sementara...
sunyi akan menjengah kembali...

ya Allah....
kenapa dengan hatiku ini ya Allah!!..
apa sebenarnya yang perlu ku isi..
agar terubat sunyi dihati??!!
hanya Kau ada jawapannya ya Allah...

Wednesday, October 28, 2009

nikmat itu rahmat atau ujian....

aku sering termenung
termenung mengingati kisah-kisah dalam hidup

aku sedari
kebelakangan ini banyak nikmat yang diberi
motor...kereta...Sarjana Muda...diploma pendidikan
datang sekelip mata
apa lagi yang ku pinta tidak diberi
hampir semuanya ku kecapi.....

jika insan lain lihat..
pasti cemburu
"senanglah kau, apa yang nak kau dapat!"
" tapi aku, susahnya lah nak dapat!"
mengeluh dengan nasib diri

insan lain pasti berkata
"aku lihat kau senang dapat kerja"
"kereta pun kau berjaya beli"
apa rahsianya??
itulah soalnya....

namun
itulah nikmat yang diberi
dari Tuhan yang mengasihi

adakah ada yang menyedari
hakikat nikmat itu?
rahmat atau ujian?

bagiku...
ia adalah rahmat
ia juga adalah ujian

rahmat atas pemberian Allah
dengan sifat rahmanNya

nikmat itu ujian 
dengan nikmat manusia akan lupa..
manusia akan alpa..
manusia akan rakus
dalam mengejar dunia

manusia mula lupa
siapa pemberinya..
katanya "adalah kerana usaha"

bagi diriku
nikmat itu rahmat dan juga ujian
menguji sejauh mana ketaatan
bagaimana dibelanjakan...
pada jalanNya atau jalan kebatilan

sungguh
nikmat kekayaan itu adalah ujian
paling berat dari timbunan besi
paling tinggi untuk didaki
paling dalam untuk diselami

jika tiada bekalan dan kekuatan hati
mungkin tidak bertaut dengan cinta ilahi

ya rabb..
hanya pintaku kepadaMu
peliharalah diri ku dari kealpaan
kealpaan mengejar dunia
mengejar pangkat dan kekayaan
hanya KAU lah pelindung bagi diri ku...

hanya satu yang ku pinta
thabatkan aku pada jalan Mu
"kembalikan ku dalam keadaan
hati yang redha dan diredhai" (surah 92: 27-28)

Friday, October 23, 2009

aku kini tenang

alhamdulillah..itulah ucapan bermakna dari bibir ku...aku sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan ketenangan pada hati ini...

aku juga bersyukur, 
hati ini semakin tenang,
jika sebelum aku mengenali Islam...
aku bukan seperti ini...
aku dengan sifat cemburu, mudah marah dan sifat mazmumah yang lain...
hidupku penuh gelisah...
gelisah dengan kemiskinan
gelisah dengan pelajaran
gelisah dengan jodoh
gelisah dengan hiburan yang ku cari

namun,
sedikit demi sedikit,
hari demi hari....
aku mula pelajari...
aku mula mendekati....

ia ibarat cahaya..
ibarat rembulan dimalam hari...
ibarat mutiara di dasar lautan...
x mampu ku selam...
tapi mampu ku capai...

Islam mengubah peribadi...
penuh toleransi...
penuh kasih sayang...

hanya kerana Islam...
ku temui sebuah ketenangan...

Wednesday, October 21, 2009

aku sedih melihat mereka

setiap hari aku berhadapan dengan manusia...
pelbagai usia..pelbagai ragam dan cita rasa..
setiap hari juga aku merasa sedih dengan keadaan mereka..
mengejar dunia yang sementara..

bila ditanya apakah cita-cita..?
sebagai engineer, pensyarah, doktor dan sebagainya...

bila ditanya kenapa nk jadi engineer, pensyarah dan doktor?..
sebab kita perlukan kerja..

bila ditanya lagi kenapa kita perlu bekerja?..
untuk ingin menjadi kaya...

bila dah kaya nk buat ape??
bukankah dah tua akhirnya mati jua
harta akan ditanggalkan x ke mana??..

ya Allah..aku semakin sedih...
sedih mendengar cita-cita mereka yang sempit...
sedangkan bumi ini terhampar luas utk manusia....

ya Allah aku sedih melihat mereka.....
hidup yang tidak tahu kenapa di jadikan di dunia ini...
untuk apa semua ini?..kejayaan.?.kekayaan ?...
aku bingung melihat mereka....

aku bingung dengan mereka...
kerana aku telah menemui sesuatu yang berharga....
lebih berharga dari mutiara..
lebih berharga dari permata...

ya Allah...aku sedih melihat mereka...
khayal dibuai keindahan dunia...
leka dengan keseronokan dunia....
asyik dengan permainan dunia...

ya Allah...
bantu lah mereka..bantulah hamba mu ini..
bantulah jiwa-jiwa ini...
mencari pedoman...
mencari tujuan...
agar bertemu kebahagian hakiki

Friday, September 18, 2009

Semakin jauh...

hidup ini ibarat roda..kadang-kadang kita di atas..dan kadang-kadang kita di bawah....kadang2 terfikir..macam mana aku boleh berada di atas (berjaya)??..bila dikenang2 balik, rupa2nya amalanku jauh lebih baik dari sebelumnya....baik yang macam mana??..baiklah! rajin bangun malam..rajin solat sunat..rajin baca quran..dan rajin baca ma'thurat....boleh dikira dengan dengan jari berapa banyak yang aku tinggalkan....(bukan nak berlagak..) tapi itulah kenyataan...jelas hasilnya..aku lebih merasa tenang dan lebih mudah untuk belajar..kerana aku DEKAT dengan NYA...kejayaan pun lebih dekat...

tapi...benda2 tu jarang nak dapat sebab manusia ni mudah lupa...firman Allah..." maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru kami kemudian apabila kami berikan nikmat kepadanya dia berkata: 'sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku', sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"

kita selalu minta macam2 dari Allah..tapi banyak yang Allah tunaikan..bila dah dapat kadang2 kita lupa diri..ingat semua tu atas usaha kita...tapi sebenarnya kalau nak ikutkan sebenarnya Allah lah yang bagi semua tu..Tanpa izin Allah pasti x dapat..

kenapa kita makin teruk??
xkesah lah teruk tang mana..tapi kita sendiri boleh rasa kalau kita dah berubah ke arah kejahatan..cuma kadang2 hati ni x nak mengakui...ego namanya tu...boleh pulak tinggal sembahyang sesuka hati...yang aku tengok dan perhatikan...kebanyakan orang yang x menjaga solatnya pasti akhlaknya juga teruk...sebab Allah berfirman " sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar..".. maknanya kalau kita masih buat ma'siat dalam erti kata lain buat jahat atau buat perkara yang Allah larang...solat kita masih x sempurna lah yek??...

iye...sbb Allah dah kate macam tu...kadang2 kita anggap solat ni satu rutin (ritual) agama yang kena buat..seolah2 salah kalau x buat...macam pakai tudung jugak...pakai tudung sebab adat semua orang pakai..ade jugak ikut fesyen...tudung ni fesyen jek...xde pape pun...kalau nak cerita banyak benda dah berlaku sekarang ni..termasukalah pergaulan bebas lelaki dan perempuan...ramai yang kate "kalau x couple macam mana nak kenal dan nak kahwin??"...apa pulak kita nak jawab dengan ayat Allah ni " jangan lah kamu menghampiri zina"...perkataan menghampiri zina tu sendiri dah merujuk kepada x boleh bercouple sbb bercouple tu adalah menuju jalan2 ke arah zina... x caya boleh check....1st, mula2 kenal2 (dari mata jatuh ke hati..)-zina mata dah....2nd, calling2...jadi dah zina telinga..yang lain fikir2 lah...

kenapa semua tu berlaku...???
sbb kita semakin jauh...semakin jauh dengan apa??...rase ok jek!...semakin jauh dengan ALLAH dan al-Quran....sebab tu kita x rasa bersalah dan boleh buat je apa2 yg kita suka...kita x rasa ade yang sedang memerhatikan kita...yang sentiasa mengawal kita...Allah dah hantar utusannya untuk jaga kita...malaikat kiri dan kanan bahu kita...mungkin sbb kita x rasa bahu kita berat kan...sebab tu x rasa ade pengawal! ye x??

banyak perkara yang paling dekat berlaku...anak2 murid ku sendiri....kenapa perangai x hormat sensei2 dan kawan2???...hah..tu sebab jauh dari Allah dan Quran lah!...
kenapa susah nak berjaya??- sebab x solat dan berdoa....
yang berjaya kebanyakannya yang melaksanakan tanggungjawab kpd Allah.x sombong dan merendah diri serta hormat sensei serta rakan2..

so macam mana nak berjaya??
kembalilah kepada Al-quran dan as-sunnah..
Kembalilah kepada ALLAH...macama mn nak kembali??tanyalah ulama'2..
carilah sahabat2 yang dapat memimpin kita...yang dapat menyuluh kita....yang penting kembalilah mengenal Allah pencipta kita...

Wednesday, July 30, 2008

rindu tarbiyah rindu jannah

alam tarbiyah merupakan alam yg menyeronokkan..walaupun banyak ranjau yg perlu ditempuhi..aku mula menghayati keindahan Islam ketika aku berada di sem akhir di IPTA..sebelum ini, aku hanya belajar dan memahami Islam bukan dengan hati,..namun aku merasakan Allah maha mendengar hajat hambanya...kerana aku sering berdoa, agar aku menemui jalan tarbiyah untuk diri ku...

yang bestnye aku jumpa tarbiyah ni di luar kampus...walaupun sblm ni..aku join jugak tarbiyah dalam kampus..tapi hati aku x cocok dengan tarbiyah yg dibawa...selama satu sem jugak lah aku x ditarbiyah...rase jiwa ni kosong jek tanpa pesanan dan nasihat berguna dari kawan2...yang biase aku buat kat kampus..berhalaqah dengan kawan2 tentang masalah agama dan isu masyarakat Islam masa kini...paling tidak isu pelajaran dan pergaulan antara kami...

tapi tu x memadai...sbb masih ade ruang2 kosong yang x terisi....

Tuesday, July 29, 2008

Generasi Harapan

Dimana dicari pemuda kahfi
terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
meneoreh nama mulia perkasa abadi

umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
penunjuk jalan kini membunkam
lalu kapankah fajar kan datang

mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh membobol bentengmu
menjarah menindas dan menyiksa
dan kita hanya dian sekadar terpana

bangkitkan negri lahirkan generasi
pemuda harapan tumbangkan kezaliman

wajah dunia ISlam kini memburam
cerahkan dengan darahmu
panji ISlam telah lama terkulai
menenti bangkit kepalamu...

Tuesday, May 20, 2008

kembara ilmu

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani
kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

Monday, April 21, 2008

Salahuddin al-Ayubi

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Sunday, April 20, 2008

Ulul Albab: Meratapi Andalus demi merapatkan umat

Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol. MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki." Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun. Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun.

Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing.

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu. Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya.

Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan. Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya. Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: "Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya."
Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluk Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya. Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani 'Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya. Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar 'jizyah' tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian. Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat.
Selepas umat Islam 'menghidupkan' Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.
Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a'lam.
INTI PATI: Perubahan tamadun Islam
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia.

Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna.

Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama.

Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:
Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492

Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol

Tariq ibni Ziad panglima Islam yang mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus

Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

Monday, March 10, 2008


ii) Blamer; suatu bentuk komunikasi yang berlaku apabila salah seorang dalam komunikasi tersebut suka mengungkit, menghina, menuduh, atau menyalahkan orang lain.
Lama-kelamaan komunikasi blamer ini akan menimbulkan perasaan rendah diri pada orang yang dituduh, benci, bosan dan problematik.
iii) Computer; suatu bentuk komunikasi yang berlaku apabila salah seorang dalam komunikasi tersebut tidak menunjukkan langsung perasaannya, sebaliknya menunjukkan sikap boleh menerima dengan apa yang berlaku pada dirinya dan ahli keluarga.
Dia cuba menunjukkan yang dia adalah seorang supernatural atau super intelligent. Dalam realitinya, dia bukanlah begitu.
Lama-kelamaan komunikasi komputer ini akan meninbulkan perasaan ego, tertekan, rasa bersalah dan problematik.
iv) Distcractor; suatu bentuk komunikasi yang berlaku apabila seseorang itu tidak memberi perhatian kepada orang lain.
nKomunikasi distcrater ini berlaku adalah disebabkan oleh wujudnya persekitaran komunikasi yang tidak mempedulikan orang lain.
Komunikasi jenis ini adalah komunikasi yang tidak mempunyai perkaitan dari segi mesej, pertanyaan atau jawapan. Sebagai contoh orang tanya kenapa lemah dalam matematik, dia jawab dia nak minum susu.
Lama-kelamaan komunikasi distcractor ini akan menjadikan seseorang itu pasif, dramatic dan problematik.

Sunday, March 9, 2008

komunikasi tidak berkesan..

dalam kaunseling, pendekatan komunikasi merupakan salah satu pendekatan yang digunakan sebagai terapi dalam sesi kaunseling....terdapat beberapa komunikasi yang tidak berkesan kadang-kala berlaku apabila kita berinteraksi sama ada dengan keluarga dan juga rakan-rakan serta adik beradik...anda mungkin boleh mengenal pasti sama ada anda sering melakukan komunikasi yang tidak berkesan atau sebaliknya....
i) Placater; suatu bentuk komunikasi yang berlaku hanya disebelah pihak sahaja. Iaitu, apabila seseorang itu bercakap, dia bercakap seorang. orang yang bersamanya, hanya mendengar dan mengikut sahaja apa yang disampaikan, tanpa memberi pendapat yang berbeza atau menambah idea. Komunikasi ini mungkin disebabkan oleh orang yang menerima komunikasi tersebut tidak mempunyai maklumat atau idea untuk dikongsi bersama...komunikasi ini lama kelamaan akan menimbulkan suasana yang membosankan dan problematik.